Jejak Kepimpinan: Mantan Perdana Menteri Malaysia

Jejak kepimpinan negara terserlah melalui barisan mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengemudi arah pembangunan bangsa sejak 1957. Setiap tokoh membawa gaya kepimpinan dan visi tersendiri yang membentuk wajah politik, ekonomi, dan masyarakat kita hari ini. Melalui perjalanan mereka, kita dapat menelusuri kisah jatuh bangun negara serta warisan kepimpinan yang terus menjadi rujukan generasi akan datang.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1957 – 1970

1957 – 1970​ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran sebagai ”Bapa Kemerdekaan” dan ”Bapa Malaysia”.

Tun Abdul Razak Dato’ Hussein

1970 – 1976

1970 – 1976 Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak, bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi. Setimpal dengan sumbangannya terhadap pembangunan luar bandar, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran “Bapa Pembangunan”.

Tun Hussein Onn

1976 – 1981

1976 – 1981 Tun Hussein Onn dikenali dengan usaha beliau dalam menekankan isu-isu perpaduan kaum melalui dasar-dasar yang bertujuan untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum-kaum di Malaysia. Mengenangkan usaha-usaha beliau dalam memupuk perpaduan dan keharmonian sesama pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia, beliau digelar “Bapa Perpaduan”.

Tun Dr Mahathir Mohamad

1981 – 2003

1981 – 2003 Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16hb Julai 1981. Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun. Pada tahun 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi pilihanraya ke-14, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-tujuh.

Tun Abdullah Ahmad Badawi

2003 – 2009

2003 – 2009 Dikenali di Malaysia sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan”, Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan Pelan Integriti Nasional, satu pelan untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dato’ Seri Najib Razak

2009 – 2018

2009 – 2018 1 Malaysia ialah kempen yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada 16 September 2008, menyeru agar kabinet, agensi kerajaan, dan penjawat awam menekankan keharmonian etnik, perpaduan nasional, dan tadbir urus yang cekap.

Tun Dr Mahathir Mohamad

2018 – 2020

Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, PPBM dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Pada usia 93, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Tan Sri Mahiaddin Yasin

2020 – 2021

2020 – 2021 Tan Sri Mahiaddin Yasin juga dikenali sebagai Muhyiddin Yassin ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan secara mengejut pada 24 Februari 2020. Tan Sri Muhyiddin menerajui negara semasa pandemik […]

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

2021 – 2022

2021 – 2022 Pada 21 Ogos 2021, Dato’ Sri Ismail Sabri telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, selepas Tan Sri Mahiaddin Yasin meletak jawatan. Dato’ Sri Ismail Sabri memperkenalkan ‘Keluarga Malaysia’ dalam ucapan perasmiannya sebagai Perdana Menteri, satu konsep yang bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan agama, etnik dan kaum serta mengajak […]