TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI TAHUN 2025
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI
BAGI BULAN MEI TAHUN 2025
29 MEI 2025 (KHAMIS) | 8.00 PAGI
DEWAN DE’ SERI ENDON,
PUSPANITA PURI, PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Nahmaduhu Wa Nusalli ‘ala Rasulihi’l Karim
Wa Aala Aalehi wa sahbehi Ajmaeen
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri I;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Fadillah bin Yusof,
Timbalan Perdana Menteri II;
Menteri-Menteri;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Syukur alhamdulillah kerana sampai musim Zulhijjah-Haji dan ramai sanak saudara, keluarga kita yang akan menunaikan Fardu Haji. Dan kita selalu doakan mudah-mudahan “Allahummaj’alhu Hajjan Mabrura wa Sa’yan Masykura wa Dhanban Maghfura wa ‘Amalan Shalihan Maqbula wa Tijaratan lan Tabur”. Mudah-mudahan selamat semuanya.
- Tapi semangat Haji itu mengingatkan saya sebagaimana saya pernah sampaikan tahun lalu tentang pengalaman Malcolm X, El-Hajj Malik El-Shabazz, nama Islamnya. Ini masalahnya tentang penghayatan. Orang pergi Haji, tapi dia ada harus ada roh Haji itu. Snouck Hurgronje, salah seorang orientalis terkemuka, yang pakar dan mahir dalam Islam dan pernah dikatakan menipu masuk Islam, guna nama Abdul Ghaffar kahwin dengan wanita Jawa masuk ke Mekah untuk mengkaji apa dia ciri umat Islam bila menunaikan Fardu Haji dan bila balik dia ada roh, semangat dia lain. Buka pesantren atau madrasah dan menjadi seorang yang berlebih berilmu dan berakhlak. Apa amalan Haji di Makkah al-Mukarramah dan Madinah al- Munawwarah.
- Dia menulis buku terutama tertumpu kepada masyarakat Aceh kerana dia menasihati Kerajaan Belanda, yang kalau saudara lihat 1901 Ethical Policy itu banyak idea dia. Ada yang lulus sejarah di sini? Baik, saya ingat yang lama-lama jadi prepar Tapi buku dia dua yang terkenal. Satu, The Acehnese, dua jilid. Yang bagi selok belok budaya, tradisi, amalan Aceh yang sangat teliti, a great anthropological and sociological analysis. Satu lagi, Mekka in the Latter Part of the 19th Century. Dia tulis Mekka budaya dia, amalan dia, siapa gurunya dan orang-orang Melayu ini rantau Jawi di sebut ni dan orang Aceh belajar di mana? Syaikh Ahmad Khatib. Belajar apa? belajar ugama, apa yang ditanam? rohnya perjuangannya, mengapa dia pulang? bila dia pulang? Di Indonesia khususnya, dia banyak mengasaskan madrasah atau di sana disebut pesantren dan mengapa semangat dia kuat? Mengapa sikap dia anti penjajahan? Dia anti kolonial? Itu dikaji dan ini menyebabkan Queen Wilhelmina kemudian memperkenalkan ‘The Ethical Policy’ di Indonesia yang cuba mengalih pandangan mereka, memperkenalkan sistem pendidikan yang boleh kata dia membebaskan mereka dari agama dan supaya boleh menakluki rupa dan jiwa umat. Apa yang pernah disebut oleh Sheikh Mohammed al-Ghazali sebagai Isti‘mar Ruh al-Fikr. Penjajahan, ‘imperialism of the soul and the mind’.
- Apa yang saya sebutkan ini, itu erti Haji dalam Islam sepatutnya membawa kesan peribadi yang lebih baik, fahaman lebih baik, akhlak lebih baik. Itu disebut Hajj Mabroor. Tapi yang saya sebut awal, Malcolm X ini seorang pemimpin Black Muslim, yang terima Islam. Nabi dia Elijah Muhammad yang turun ke Chicago jadi Nabi dan dia masa itu ikut kerana dianggap kulit hitam ini dijadikan hamba, maka kulit hitam harus merdeka, kulit hitam harus menguasai dan kulit hitam harus perjuangkan hak mereka menentang White Supremacy dan masa itu Ku Klux Klan. Yang angguk ini yang mana pernah tengok filem itu lah, KKK – Ku Klux Klan.
- Baik, panjang pula tu. Baik tapi Malcolm X ini dia kemudian jadi pemimpin utama dalam gerakan ini. Dia asalnya anak muda yang terjerumus dalam pelbagai jenayah termasuk merompak dan dipenjarakan. Dan di penjara, diperkenalkan dengan idea-idea Black Muslim. Dia belajar dengan tekun menjadi seorang terkenal. Dia menghadam buku jadi ilmuan. Bahasa Inggerisnya impeccable, ilmunya itu mendalam, penguasaan perbandingan falsafah dan agama cukup mendalam. Fahaman sejarah Amerika dan sejarah Afrika kuat. Jadi bila dia keluar terkenal sebagai seorang ilmuan dengan semangat Black Muslim atau Black Supremacist lawan dengan White supremacist.
- Kemudian dia kata, aku sebagai orang Islam pasal orang tidak ajak pergi Mekah? Dia pergi jumpa Mufti Baitulmaqdis, Jerusalem lah sekarang kita sebut Baitulmaqdis. Nama dia Syeikh Mohammed Amin al-Husseini. Menteri Agama kena kaji balik sejarah. Mohammed Amin al-Husseini, dia terkenal sebagai seorang ilmuan, seorang pendakwah yang bijak, yang maknanya penuh hikmah. Tengok cara kita dakwah. Mohammed Amin al-Husseini ini tahu Black Muslim ini belum Islam. Tidak pernah disinggung. Datang duduk dengan dia. Bincang Islam, dia terangkan dan Malcolm X ini sosok dia keras. Tak boleh bertempur begitu. Idea dia tidak boleh terima sebab dia kata kami dijajah, kami ditindas, kami dihina, kami dipukul, kami dijadikan hamba. Jangan duk bagi kuliah tentang human rights. Jadi oleh itu, Amin al-Husseini dia sabar sahaja. Ajak semua, perkenalkan Islam.
- Kemudian dia cerita hebatnya ibadah Haji ini. Jadi, Malcom X ini tertarik, “Can I go?, well I’ll try”. Tetapi kata dia, “you kena jadi Islam”. “Ini aku dah Islam nak Islam macam mana lagi?. Saya black Muslim”. Jadi baru dia terangkan Islam. Kemudian ia bertentangan dengan pandangan Malcom X, Malcom X kata, “kita perjuangkan orang kulit hitam yang ditindas, yang menjadi hamba sekian lama, kamu nak ajar kemanusiaan, karamah insaniah, toleransi di antara orang kulit bewarna, Lita’arafu, ini berbeda.” Tapi dia kata, “itulah kenyataan Islam dan kamu akan lihat di Mekah.” Dia pun terima menjadi seorang Muslim. Nama dia Abdul el-Hajj Malik el-Shabazz. Pergi ke Mekah.
- Tengok kalau niatnya ikhlas al-amalillah, bila dia pakai ihram, kita pakai ihram ini banyak kali, saya pun pakai ihram banyak kali, Haji banyak kali tapi mungkin tidak sampai ke tahap jangan kata sampai, tahap-tahap yang tinggi sahabat dan tabi’in -tabi’in, tahap Malek al Shabab pun saya tidak berani nak akui, sebab bila dia pakai, dia kata, “Allahu Akbar. Bagaimana kekuatan Islam? Hanya dengan pakai kain butih begini, ihram, aku lihat persamaan anak Raja, anak petani, orang kulit hitam, orang kulit putih atau kelabu asap macam kita, dia kata semua sama.
- Kemudian dia baca, ‘Labbaikallahumma Labbaik, Labbaika La Syarika Laka Labaik, Innal-Hamda Wan-ni’ mata Laka Wal-Mulk, La Syarika Lak’. Baik, jadi bagi dia bila dia baca dengan makna dia kata ini rupanya Islam, persamaan tidak ada kelas tidak ada pangkat. Tapi persamaan yang diiktiraf begitu sekali. Jadi bagaimana seorang yang baru masuk Islam tapi menghayatinya yang kita sebut selalu dalam al Quran, Yaaa aiyuhal lazeena aamanus tajeeboo lillaahi wa lir Rasooli izaa da’aakum limaa yuhyeekum wa’lamooo annal laaha yahoolu bainal mar’i wa qalbihee wa anahooo ilaihi tuhsharoon (Surah Al-Anfal, 8:24).
- Penghayatannya itu menyebabkan dia terus faham, bila sebut maknanya baca sama dan yang hebatnya yang kuat, yang gagahnya yang agungnya hanya Allah dan kita hanya berhadapan dengan Allah taala. Itu el-Hajj Malik el-Shabazz. Dia balik dia ada di London dia ada interview dengan anak kita termasuk beberapa anak Malaysia, dalam The Federation of Islamic Societies of the UK and Ireland (FOSIS). Dan ada majalah The Muslim saya masih lagi masih just yang graduate ABIM kita dapat majalah itu terus kita sebar, interview dia. Tapi beberapa bulan lepas itu dia ke New York bagi pidato dalam dewan seperti ini dan ditembak mati, as-shahid el-Hajj Malik el-Shabazz.
- Tapi apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah bagaimana seseorang bila dia mengkaji Islam dia benamkan fahaman jiwa raga dia sekian lama tentang permusuhan kaum. Kaum putih yang menindas, menghina, membunuh, memperkosa keluarganya. Kalau saya lihat Ku Klux Klan masih boleh dileburkan dan balik meninggalkan Black Muslim membawa ajaran Islam tentang kemanusiaan, kebahagiaan dan keadilan bagi semua. Itu kesan daripada haji yang terakhir.
- Mudah-mudahan semangat itu tertanam di kalangan umat yang menunaikan fardu Haji. Bertentangan lah kalau dia balik pada Haji lagi kuat perkauman dia. Dia pergi Haji lebih kuat kelas dia dan status dia. Maknanya roh penghayatannya gagal.
- Baik kedua pasal ASEAN ini, Manchester United kalah semalam. Saya pakai baju Manchester United dalam baju ASEAN (nada berseloroh) YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof ingatkan saya pengerusi ASEAN, jadi masa pergi tu belah bahagi “aku ni dah berpuluh tahun dah Manchester United. Tapi kita kasihan dan anak Malaysia 4 orang yang dalam pasukan itu”. Jadi takkan saya hendak boleh jadi itu bezanya, saya mana ada tahu pasukan ASEAN tapi kita nak bawa semangat ASEAN ini.
- Tapi saya dah berapa tahun dahulu sejak 80-an, sebelum David Beckham lagi. Dan saya pernah seperti mana saya sebut, saya pernah jumpa Sir Alex Ferguson, manager yang terkenal itu. Jadi memang minat, sepanjang tahun gaduh dengan cucu-cucu saya yang minat Arsenal. Tapi saya lihat permainan itu. Lama tak tengok bola tapi alhamdulillah dan saya bangga kerana sekurang-kurangnya anak Malaysia semua diperkenalkan dengan pasukan ASEAN. Dan bukan dari segi itu, mengejutkan kerana menang pula walaupun satu, alhamdulillah.
- Tapi kalau tanya saya ikhlas semasa saya mula nak menonton, saya jumpa sebenarnya ketua pasukan sehari sebelum tu dan juga manager Manchester United, tetapi dalam hati saya macam mana lah nak menang lawan Manchester United ini. Tapi alhamdulillah tapi sekurang-kurangnya dia bagi semangat baru.
- Baik apa yang kita belajar daripada ini semua? Pasukan. Ya yang skor memang lebih dari Myanmar. Ini pasukan defence yang baik walaupun di peringkat kedua Manchester United hantar dia punya first team, full force. Mula dia ambil yang second players dan kemudian lepas 20 minit dia tukar, lepas 1/2 jam dia tukar sepenuhnya. Ini semangat pasukan.
- Berbalik kepada ASEAN, saya sepenuhnya daripada 7 pagi private breakfast dengan Premier Li Qiang, kemudian sambut Amir Qatar 9.00 pagi tu bilateral dengan Amir Qatar dan seterus sampai malam. Tapi saya lihat di semua peringkat itu, kerja anak-anak kita penjawat awam, ya Tan Sri KSN, terima kasih. Hebat! Persis! dari sampai airportnya, perbarisan, polisnya, imigresennya, yang kastamnya, MAHB nya, pemandunya, pengurusan di hotelnya, mesyuaratnya by the minute. Kementerian Luar Negeri tentunya menyelaraskan JPM dengan protokol, protokol saya pening, Dato’- Dato’ tak boleh, jalan ke belah kiri, kena duduk situ. Kalau kita ambil gambar kiri kanan, siapa lah peduli “no Dato Seri macam ni” Saya duduk depan ni, tapi saya hormat saya ikut tak? Saya ikut. Pegawai protokol rendah itu arah Perdana Menteri, ikut tak? Ikut.
- Tapi saya tanya dia, siapa lah peduli kiri kanan. No, no protokol Dato Seri, sepatutnya sebelah kanan, Dato’ Seri Perdana Menteri, Crown Prince itu Timbalan Perdana Menteri sahaja. Lepas itu sini pula, dia Perdana Menteri, tapi dia Timbalan Menteri. Until now, I don’t understand, but I obey. Why? Is a country of rule and working as a team. I cannot claim he cannot claim. Dan saya tidak nak puji berlebihan. Saya hadir dulu-dulu masa tahun 90-an, tapi baru-baru ini masa Indonesia hos, masa Laos hos dan kita.
- Dan kita pula terbeban dengan terlalu banyak, first mula ASEAN dan isu besar ASEAN, kita kata mesti terima Timor Leste tahun ini juga. Dah dia mohon tahun 2012, kita hantar TPM ke sana. Kalau Perancis saya pergi, kalau Timor Leste TPM pergi (nada seloroh) Tapi untuk berunding supaya dia meet apa yang dipanggil economic pillar dan beberapa syarat.
- Bukan mudah saudara, sebab itu saya kata, pertama, kerja sebagai satu pasukan. Kedua, mesti merendah diri berkawan dengan semua. Negeri kecil, miskin, Laos saya anggap dia sebagai sahabat setia. Besar seperti Indonesia, my brother. Singapore kaya, jiran, sama. Kerana jalinan ini memudahkan dan akhirnya Timor Leste diterima dan insya-Allah bulan Oktober akan menjadi anggota ke-11.
- Kemudian kita nak kena putuskan tentang persefahaman dalam menghadapi tarif Presiden Trump. Tiap-tiap negeri ada strategi masing-masing yang akan ada hubungan dua hala atau bilateral. Tetapi kita nak juga pertahankan kepentingan 650 juta. Dan jangan ada satu keputusan dibuat oleh Malaysia yang merugikan negeri lain atau yang dibuat oleh Vietnam yang merugikan negeri lain. Kita kerja pasukan, saudara-saudara sebenarnya tidak mudah. Ada negara yang lebih dekat dengan Amerika. Ada negara bebas dengan kita, dengan China pun rapat, dengan Rusia pun rapat, dengan Amerika pun rapat. Memeningkan. Tetapi, akhirnya setelah berbeda begitu pandangan, tercapai juga keputusan bersama, strategi bersama untuk menjaga kepentingan bersama ASEAN. Itu yang kedua, yang sangat menyenangkan kita.
- Apakah rundingan saya? Tidak. Saya hanya peringkat atas. Yang sebelumnya, peringkat pegawai runding, kemudian peringkat Menteri, Menteri Luar, Menteri MITI, Menteri bantu Timbalan Perdana Menteri, jumpa buat bilateral. Jadi sepanjang masa itu, kita cuba mendampingi. Alhamdulillah selesai.
- Isu Gaza tentunya berbeda. Umumnya semua nyatakan setuju tentang cease fire, tapi nadanya berbeda masing masing. Tetapi kalau saudara lihat, kenyataan bersama, saya syukur alhamdulillah.
- ASEAN dapat mengetengahkan pandangan, mengecam kezaliman, menuntut hak kemanusiaan Palestin dan minta menghentikan serangan segera. Jadi semua isu-isu ini kita dapat sepakati.
- Selesai ASEAN, jumpa pula sheikh-sheikh Arab, bukan mudah. Sheikh Arab pula pula ada macam Emir Qatar. Ada Perdana Menteri, Putera Raja Bahrain, Kuwait yang mempengerusikan GCC. Jadi, bila nak bawa isu itu peringkat bawah, sampai Menteri, sampai atas, tak selesai. Sampai satu peringkat di mana saya berunding dengan Premier Li Qiang dan Perdana Menteri Kuwait mengatakan dah kalau tak dapat kata sepakat semua, kita sahaja, Pengerusi-Pengerusi tandatangan. Maknanya Chairman Statement tiga-tiga. Tapi itu tidak menampakkan kejayaan. Kejayaan itu dipanggil Joint Statement semua negara, ASEAN-GCC-China. Bukan mudah saudara.
- Saudara-saudara tahu ini, ASEAN sahaja 10 itu nak satukan dalam semua perkara-perkara yang teknikal, sangat susah. Kalau tak bernasib baik saya tak tanya Peguam Negara. Kalau tanya Peguam Negara, no no perkataan notwithstanding tak boleh, koma sini. Gurau-gurau. Tapi betul, betul.
- Lepas tu ASEAN, lepas tu GCC dan GCC tak semestinya hubungan-hubungan bersama ASEAN ini. Saya nak beritahu, kerja saya jadi senang kerana saya jadi kawan. Kawan baik betul. Kalau tak setuju, saya pergi telefon Bongbong, saya panggil Bongbong, Presiden Marcos, Bongbong sahaja. Kalau Prabowo lagi senang. Ini apa Bapak Prabowo? Ini gara-gara..Tidak apa, kapan? Hari Ahad saya datang dan makan tengah hari. Senang urusan, Presiden Indonesia. Bincang sikit dia kata gampang-gampang.. saya datang saja. Terus dia datang, dah empat kali dah datang, campur yang baru ni lima kali. Saya tak pergi Jakarta lagi, yang pergi Zahid. Dia pasal ada sejarah Jawa. Gurau sahaja, jangan main-main dia Presiden Umno, jangan main-main. (nada bergurau)
- Jadi di situ ASEAN sahaja pun tidak mudah ya. Dan Vietnam, you know the major economy, sejarah yang saya sebut dalam ucapan mengalukan ini sejarah perjuangan yang baru-baru ini, yang dalam abad ini yang mengalahkan Imperialisme Perancis dalam The Battle of Dien Bien Phu di bawah Ho Chi Minh. Kemudian mengalahkan rejim yang bersama Amerika Syarikat. Jadi tidak mudah.
- Lepas itu saya kata negeri Arab. GCC yang sebenarnya tidak sepakat seperti kita. Jadi kita kena runding satu-satu. Dan akhirnya dengan China, tetapi oleh kerana persahabatan dengan China, bulan lalu yang dengan Presiden Xi Jinping datang kemudian baru ni dengan Premier Li Qiang itu memudahkan. Tetapi semua ini berlaku di peringkat akhir. Yang menyenangkan mereka itu kerana persiapan itu rapi sekali. Kita beri umumnya kenderaan untuk Ketua-Ketua Negara dan juga melainkan yang bawa sendiri, Menteri-Menteri itu semua kereta EV. Jadi EV tu kecil sedikit daripada yang disambut biasa. Jadi bukanlah makna kita bagi yang paling mewah, tidak. Kita bagi semua kereta EV sebab saya kata tema kita inclusivity and sustainability. Jadi kita bawa itu. Hadiah-hadiah kita, yang kita berikan semua yang tempatan, dari Kraftangan, dari buatan Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, jadi semua yang barang-barang tempatan. Jadi sederhana, tidak sangat berlebih-lebih.
- Tetapi, persidangan itu saya katakan ini yang harus ada, semangat bekerja sebagai satu pasukan. Dia tidak ada fikir kaum, dia tidak ada fikir Jabatan, dia tidak fikir negeri. Dia fikir kecintaan dia menjayakan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Jadi saya hanya nak ucap penghargaan setinggi-tinggi. Memang saya terkesan, terharu sekali. Kerana saya lihat, saya dah pergi berpuluh-puluh persidangan G20, BRICS macam-macam, tetapi persiapan kita rapi. Masuk jalan mana, Ketua Negara belah mana, pegawai belah mana sambut dan diatur semua sekali oleh pegawai-pegawai kita, semua bahagian, keselamatannya, perubatannya dan sebagainya.
- Mula saya nak fikir, cakap dengan KSP Johan, bagi tapi ramai sangat yang terlibat ini ribu. Mula saya ingatkan kiranya bagilah makan, makan di mana? Di Padang Merdeka boleh. Tapi dari hati sanubari saya, minta maaf kalau ada apa-apa kekurangan. Tapi saya nak gunakan majlis ini kepada semua penjawat awam dan swasta, pengurusan hotel dan rakyat yang faham tentang keperluan kita ini, saya ucapkan terima kasih banyak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.