Soalan Lazim
Apakah itu Pejabat Perdana Menteri?
Pejabat Perdana Menteri adalah pejabat rasmi bagi YAB Perdana Menteri Malaysia. Pejabat ini merupakan salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Misi utama pejabat ini adalah untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi Perdana Menteri menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.
Apakah alamat dan nombor perhubungan Pejabat Perdana Menteri?
Alamat dan nombor perhubungan ialah:
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Tel : 03-8888 8000
Fax: 03-8888 3444