TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN BUKU: ‘ISMAIL ZAIN INTERMEDIATIONS SELECTED WRITINGS ON ART AND AESTHETICS’
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN BUKU:
‘ISMAIL ZAIN INTERMEDIATIONS SELECTED WRITINGS ON ART AND AESTHETICS’
8 APRIL 2025 | SELASA | 11.15 PAGI
BALAI SENI LUKIS NEGARA
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Tiong King Sing,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan,
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
Yang Berusaha Encik Mohd Jaafar bin Ismail,
Fergana Art Sendirian Berhad;
Yang Berusaha Encik T.K. Sabapathy,
Penulis, Penyunting dan Sejarawan Seni Rupa Asia Tenggara;
Yang Berusaha Encik Shaik Rizal Sulaiman,
Pengerusi Balai Seni Negara;
Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan
Kerajaan;
Ahli Keluarga Allahyarham Ismail Zain;
Yang Berbahagia Dato’ Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said,
Sasterawan Negara;
Guru seni lukis saya, Syed Bakar, dia yang mengajar saya lukisan sampai saya kurang minat tentang seni lukis. Sebenarnya dia cuba sebaik mungkin tapi saya tidak punyai bakat.
- Baik, hari ini kita meraikan karya insan seni terkemuka dalam negara. Saya hanya ingat pertemuan yang agak panjang sekali sahaja dengan beliau, selain pertemuan dalam majlis-majlis biasa. Saya ikuti sebahagian daripada daripada lukisan beliau. Sebahagian kecil daripada penulisan beliau. Jangan menegur saya sehinggalah disampaikan karya yang diterjemahkan dengan begitu elegan dan baik, dalam mutu bahasa yang tinggi dan saya percaya adil kepada karya asal yang kebanyakannya dalam bahasa Malaysia, tetapi sebahagiannya juga dalam Bahasa Inggeris kerana Ismail Zain sendiri punyai keupayaan menulis dalam kedua bahasa dengan baik.
- Terima kasih Fergana kerana jemputan. Apa yang disampaikan oleh rakan-rakan tadi saya ingat cukup memberikan mesej tentang kekuatan dan sumbangan Seniman Ismail Zain, kerana tidak ramai pelukis yang dapat melakar dalam penulisan dan prosa yang indah. Ini sesuatu yang istimewa tentunya. Dan saya percaya rakan-rakan boleh manfaatkan, menghadam dengan pembacaan yang lebih teliti. Saya akui dapat menumpukan sedikit perhatian kerana disampaikan dan membaca tidak sepenuhnya, probably it takes some times that I can finish the entire collections. But suprise to say it is impressive feed, it takes a lots of effort, and I impress with this level of elegance and proficiency in the language which is a fair and contribute to Ismail Zain.
Rakan-rakan yang saya muliakan,
- Perkembangan seni dalam negara ini selari dengan semangat dan falsafah Negara MADANI. Tatkala melakar gelombang kebangkitan Asia – Asian Rennaisance, itu adalah ketika negara dan di rantau ini bergelut, bangga, hampir khayal dengan kekuatan dan pertumbuhan ekonomi pertumbuhan ekonomi. Dan Bank Dunia pada ketika itu menerbitkan karya besar, ‘East Asian Economic Miracle, maknanya kebangkitan ekonomi atau pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan termasuk Malaysia. Tapi menarik pada ketika itu, sementara saya turut merasa bangga tapi tidak berkhayal kerana saya mengatakan bahawa pemerkasaan ekonomi itu tidak memadai tanpa pemerkasaan seni dan budaya. Kerana yang menentukan keutuhan sebuah negara dan masyarakat dannya pertumbuhan tamadun itu adalah kestabilan politik, kekuatan ekonominya, tetapi pemerkasaan seni dan budayanya. Di kala kita kadang-kadang ghairah dengan pemusatan ekonomi, kita lupa bahawa pembangunan tamadun itu akan tempang tanpa usaha yang gigih memperkasa seni dan budaya.
- Sebab itu saya percaya negara, dengan Kementerian, dengan peranan Sasterawan, Seniman dan Balai Seni Lukis, pusat-pusat seperti ini harus memikir apa langkah-langkah baru bagi memastikan hasil dan karya ini sampai kepada rakyat biasa. Saya tertarik dengan singgungan Ismail sebentar tadi mengenai Kodiang. Kodiang ini orang nakal banyak juga (nada seloroh). Tapi maknanya apakah hasil besar ini sampai ke lapangan.
- Tadi saya bicara soal pelaburan dan digital, di Persidangan Pelaburan ASEAN, dan tidak lari daripada kenyataan sama ada kita biara soal transisi tenaga atau transisi digital, kalau kalau dia menyebabkan melebar dan membengkaknya kesenjangan di antara golongan yang punyai keupayaan menguasai lapangan baru atau kekayaan, dan meminggirkan majoriti rakyat, ia tidak akan memberi makna kepada pertumbuhan dan ekonomi. Inilah bagi saya, cabaran utama kita membicarakan mutu seni, membicarakan karya-karya besar pemikir bangsa, dan Ismail Zain juga bukan hanya pelukis dan penulis juga pengajaar dan pendidik serta pencetus beberapa idea seperti mana yang disebut tentang detribalisation, ‘Intermediations’ itu memberi gambaran falsafah pemikiran beliau tentang adunan di antara masyarakat tradisi dengan keperluan membawa perubahan menerima kenyataan yang baharu dan moden.
- Sebab itu dalam memenuhi cabaran rakan-rakan di Balai Seni, adalah untuk memastikan ia menjadi seni yang boleh memberi pendedahan, pencerahan dan kefahaman kepada rakyat. Ini cabaran besar kepada kita. Tentunya ada tingkat-tingkat keupayaan, pemahaman dan penguasaan, tetapi negara itu harus maju hanya dengan keseluruhan kekuatan kita. Sebab itu dalam MADANI, sementara kemampanan ekonomi itu menjadi tonggak, saya tidak pernah meninggalkan soal daya cipta, ihsan, dan amanah yang sebenarnya melengkap nilai peribadi kemanusiaan.
- Pernah saya singgung pengalaman membaca karya dalam Gore Vidal dalam Armageddon, tidak tahu sama ada Pak Samad masih ingat atau tidak, dia paling kuat menelaah buku. Dia menulis tentang pengalaman dia di Rom, tatkala Premo Levi, penulis novelis Itali meninggal dunia, dia merasa terpanggil untuk hadir dalam upacara pengkebumian, Premo Levi. Dia turun dari apartmennya pergi ke tempat penjual bunga, maknanya kalau ikut penjual bunga adalah kelompok yang paling rendah dalam masyarakat. Dia beritahu, “saya hendak beli bunga untuk ke pusara”, di tanya siapa? dia jawab, “Premo Levi”. Penjual bunga itu memberi kupasan tentang beberapa karya Primo Levi. Jadi terkejut Gore Vidal kerana sebagai seorang Amerika tidak terfikir mungkin hal itu berlaku di Ameria Syarikat. Kemudian dia nak teksi, masa itu belum ada grab, dia naik teksi dan pemandu teksi itu bertanya, “ke mana?” Dia kata dia hendak ke tempat pengkebumian Primo Levi. Pemandu teksi itu menjelaskan beberapa karya besar Primo Levi. Jadi dia sebut bahawa budaya dan Itali ini yang dia tidak tahu sebelumnya ialah tentang terikat mereka kepada akar tradisi budaya dan sastera.
- Saya ke negara China tahun lalu, dan saya cuba hendak baca satu rangkap Min Shi dalam bahasa Cina dan saya tidak menguasai bahasa Cina dengan baik. Jadi saya duduk di kereta sebelum ke tempat acara dan saya bimbang kalau kesilapan yang sangat ketara. Jadi saya tanya ADC yang berbangsa Cina itu, dia tidak tahu teks kerana teks itu ada pada saya. Saya sebut tentang Min Shi, tentang tajuknya dan begini, saya baca-baca terus dia boleh membaca. Ini yang dikatakan negara komunis, materialistik, obsesisi kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan, tetapi dia boleh baca, saya terkejut. Kemudian, pemandu kereta rasmi itu tanya ADC itu, ini Min Shi tajuknya sekian dan dia baca rangkap dan dua tiga rangkap seterusnya. Wah!, saya rasa ini tidak mungkin melalui intelligent negara China kerana selalunya karya-karya ini atau ucapan-ucapan saya tulis saat terakhir pagi itu baru siap. Jadi saya lihat ada keadaannya di mana tidak diketahui umum. Kadang-kadang kita melihat negara China itu negara yang begitu taksub dengan pertumbuhan ekonomi dan kebendaan, tetapi sebenarnya kita tidak semestinya tepat.
- Saya singgung sedikit lagi ya, saya minta maaf. Saya ke Vladivostok, kalau di Kodiang, dia kata tempat jin bertendang kerana jauh. Saya ke Vladivostok diundang oleh Presiden Vladimer Putin. Saya tentunya dalam acara itu berbeda daripada pembicara-pembicara lainnya, saya dalam satu panel dengan Putin, saya mahu singgung tentang Boris Pestonal, Leo Tolstoy dan salah seorang pengarang puisi wanita yang hebat, Anna Akhmatova. Jadi pada sebelah pagi menulis, saya tanya anak yang membantu kita, iaitu anak mahasiswa yang mengambil lapangan IT dan Digital, dan dia boleh membantu saya dalam beberapa kupasan, Anna Akhmatova, Leo Tolstoy dan ini saya tanya dia dan dia kata memang dalam sistem persekolahan mereka penguasaan beberapa karya sastera agung itu diwajibkan sejak di peringkat rendah.
- Jadi, sementara kita tahu Matematik dan Sains serta penguasaan bahasa-bahasa itu penting, ini satu pengajaran yang juga mempengaruhi saya bahawa dalam usaha kita, keghairahan kita melonjakkan pertumbuhan ekonomi kita, tidak boleh meminggirkan seni budaya sastera.
- Jadi mudah-mudahan usaha kita lebih perkenalkan tokoh-tokoh besar dalam dunia seni, dan hari ini Ismail Zain, kita dapat mengambil beberapa langkah tambahan termasuk di Balai Seni Negara dan juga di tempat lain, Perpustakaan Negara, Arkib Negara. Ini Dato’ Sri Tiong boleh fikirkan kerana dia jaga lebih banyak pelancongan. Jadi saya nak kena ingatkan bahawa selain pelancongan Tiong ada seni sastera dan budaya. Jadi minta ucapan yang berikut daripada Tiong di mana-mana mesti kutip satu bait daripada puisi Pak Samad Said.
- Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menjayakan, terutama keluarga Ismail Zain.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.